Sabtu, 28 Mac 2009

Dan Sebenarnya

Ingin aku bertanya anda semua,

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila menyedari si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, sedang ronda-ronda berdua mengecapi nyaman kelam malam. Adakah anda akan mengetap bibir merasa diri tertipu. Lantas ingin saja menelefon-nya memaki hamun minta putus serta merta.

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila mengetahui si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, menikmati dan menjilat segenap rasa walnut brownies secret resipi. Adakah anda akan rasa nyanyang jiwa raga haru-biru. Lantas ingin saja di-terjah lalu diganyah-ganyah bibir mungil-nya sepuas hati.

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila mengesyaki si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, berguling kepulasan di dalam lena masing-masing serumah. Adakah anda rasa terlalu kecewa, geram, cemburu, berbara, gila meroyan. Lantas ingin saja dihempuk dan di pijak-pijak perut boyot-nya bak kukang.

Jika ditanya pada aku? Apa aku rasa? Apa akan aku buat?

Aku hanya akan menyanyikan lagu ini berulang kali sambil buat ‘dunno’. Ahaks

* * * * *

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan enggan melayan diriku lagi pabila, air mata membasahi pipi dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila, kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku

ku enggan berpura-pura ku bahagia, ku enggan melihat kau bersama si dia, oh ku akui cemburu telah menular dalam diri pabila kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya ku rebah, jatuh ke bumi di saat kau benar-benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku oh

2 ulasan:

Brader Black berkata...

Ehem!

Nak i pijak-kan perut boyot die x?

SuRi berkata...

Suparjo,

Nak sangat2!! Pijak sampai keluar isi perut beliau. Har Har