Di Hospital kerajaan bertempat di selatan tanah air, Bak (saya mengelar ayah saya dengan panggilan Bak, kiut bukan) menjalani pembedahan mata, walaupun terdapat pesakit lain disitu, seolah-oleh wad tersebut hanya untuk keluarga kami sahaja, Boboy anak sedaraku paling lasak memang terkenal dengan keletahnya, kemana saja Bak pergi ingin diikut serta waima ke dalam bilik pembedahan sekalipun. Bahkan tidur pun mahu sebantal dengan Bak di atas katil pesakit. Boboy memang sangat manja, bagi beliau, Bak adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup dia dan selamanya, Bak lah atuk dan sahabat baiknya.
Misi bertugas sudah mula menyarungkan sarung plastik pada kepala Bak, bersedia untuk dibawa ke bilik pembedahan, dengan lantang boboy menghalang;
Boboy: Atuk, atuk nak gi mana, boboy nak ikut
Bak: Atuk nak gi operate mata, boboy tunggu luar k
Boboy: Tanak..... boboy nak tunggu sebelah atuk
Kami hanya tersengih melihat boboy, langsung tak ingin dilepaskan Atuknya. Sepanjang menunggu Bak selamat dari pembedahan, Boboy resah seribu bahasa, mulutnya tak berhenti mengomel dek kerana terlalu lama menunggu Bak, sehinggakan makanan pun tidak mau dijamah hanya kerana ingin makan bersama dengan Bak. Sehinggalah Bak menjengah di depan pintu wad, Boboy sakan menyalak nama Atuknya;
Boboy: Atukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Bak: he he..jangan bising..atuk tak apa-apa
Boboy: Atukk, boboy lapa nie, dah lapa sangat dah nie
Bak: ceh, ingat risaukan atuk, lapa rupanya
Dengan lahap, boboy melantak makanan hospital, berselera sungguh, pelik, dalam banyak-banyak makanan yang dibeli, makanan hospital yang dimakan dengan Bak jugak yang paling sedap baginya, dengan mulut penuh, Boboy bersuara;
Boboy: Atuk, kenapa atuk sakit mata?
Bak: Habuk
Boboy: Habuk? Kenapa atuk tak lari? Jangan dekat dengan habuk!
Bak hanya menyengih menampakkan mulutnya yang sudah semakin kurang gigi. Suasana menjadi hening tiba-tiba, Boboy menatap lama wajah tua disisinya, dimatanya menceritakan betapa sayangnya dia pada Bak, dirapatkan mulutnya ke telinga Bak, ditutup dengan tangan dengan harapan kata-katanya tidak mungkin dapat didengar oleh yang lain, lantas dia berbisik dengan penuh syahdu dan bermakna.
Boboy: Atuk, atuk sekarang dah leh nampak kan? atuk dah leh main game kan.
Boboy: Nanti kita sambung main game sama-sama ek.
Bak dan semua: Cheh!!!!!!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan