Isnin, 16 Mac 2009

CinTa


Sunyi..
Tiada bunyi yang dapat ku tangkap.
Hanyalah bilah-bilah kipas siling yang menderas.
Namun hawa sejuk tidak bisa menakluki hatiku.
Derasnya hanya mengalakkan galau di sukmaku.

Ku cuba tutupkan mata, cuba untuk melupakan semua, ku iring ke kiri, terasa rimas, ku iring ke kanan, terasa sesak, ku lentangkan badan, kembali menatap kipas siling, ku renung lama, terlalu lama hingga terasa hangat dipelupuk mata, tidak, tidak ingin ku jatuhkan ia, jatuhnya ia, hanya akan mengundang memori lama, terlalu lama, yg ingin ku simpan dalam, di tempat yang paling dalam, yang tak akan mungkin ditebak sesiapa pun, walaupun aku!.

Ku pejamkan mata,
Ingin ku damaikan hati ini,
Ingin ku lena dalam mimpi,
Mimpi indah penuh cinta,
Ingin ku anyam kata-kata,
Bisa buat ku senyum semula.



**************************
"Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu, maka yakinlah, bahawa lara itu hanya sebatas duri; hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu. Meskipun kelam, kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu, terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan. Kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu; maka carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah! Walau apapun tafsiranmu tentang cinta, ia tetap ada dan tersemayam dalam hatimu."
************************


Senyum, bibir ku menguntum senyum.
Ku cuba untuk kekal tersenyum.
Walau ku tahu.
Hati ku pedih hancur luluh.
Akan ada titis air yang akan jatuh.
Pasti jatuh..

Tiada ulasan: