
Seronok sungguh rasanya bila keluarga dapat berkumpul dan beriadah bersama-sama. Agak lama juga keluarga saya tidak menjalan aktiviti bersama-sama sejak masing-masing sudah ada tanggungjawab tambahan. Dikesempatan ini kami ambil peluang yang ada dengan berbbq di rumah adik Bob.

Pada mulanya ingin berbbq di Port Dickson, sebab perkara yang tak dapat di elakkan, kami mengambil keputusan untuk berbbq dan berpiknik di halaman rumah saja lah. Seronok juga, bahkan santai dan selesa, dapat juga la menonton dan jadi tukang gelak untuk perlawanan badminton antara Yaya dan Maz, tak padan dengan mengandung Maz ni, nak juga dia tunjukkan skill jagoan dia tu. Seronok sangat dan semua nya sangat gembira.

Selepas bbq, tiba masa untuk mengemas pulak, Boboy bersungguh-sungguh nak membantu adik Yaya dan Bob mengemas dan membasuh, kalah orang perempuan, dia pulak yang sibuk mengemas, sampai pinggan dan cawan yang masih ingin digunakan pun hendak di kemasnya, terlebih rajin sungguh. Seronok bila bergotong-royong begini, terasa seperti kenduri kawin pula. he he.

Saya seronok sangat, tak terasa penatnya melayan mereka, Terima kasih Mak, Kak Ain dan Boboy beserta dengan adik Yaya dan Jerol kerana sanggup datang ke Seremban untuk berbbq bersama-sama dengan kami. Terima kasih juga kepada Adik Bob dan Maz kerana menyediakan halaman rumah yang santai dan selesa, lain kali boleh lah kita buat lagi ya. Kita buat di Pulai Perdana pulak, kan mak kan, dan janji kan, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan