Aben …
Ke mana Aben pergi?
Aben …
Kenapa Aben tinggalkan maklang?
Aben …
Tahukah Aben jalan pulang?
Aben …
Tidak sayang kah Aben pada maklang?
Aben …
Maklang risau. Aben sakit.
Haih … tsk tsk tsk …
Aben ….
Kalau la aku kurang pelupa, barangkali aben takkan keluar dari kandangnya. Akibat kecuaian aku untuk memastikan kandang Bon2 dan Aben berkunci pada malam semalam, aku di kejutkan dengan berita gempar di subuh sepei.
Bon2 dan Aben hilang!!!
Aku yang sedang bersiap untuk pergi bekerja seperti biasa, dikejutkan dengan panggilan telefon adik Bob, apa pelik dia ni nak telefon aku yang satu rumah dengan dia, barangkali dia nak melawak agaknya, tapi April fool pun dah lama lepas.
“Yo!” aku jawab dengan nada ceria dipagi hari.
“Dot!!, Aben dengan Bon2 hilang! Kena curi!” suara adik Bob, ke-panik-kan
“Huh!? Aku turun sekarang!” aku capai apa baju yang ada terus bergegas ke tingkat bawah menuju terus ke halaman rumah.
Sah!! Pintu kandang bawah ternganga luas. Aku terkedu. Aku yang masuk tidurkan mereka berdua malam semalam. Seingat aku, aku buka pintu tingkat atas saja (kandang mereka 4 tingkat, ada 2 pintu) malahan aku langsung tidak terfikir untuk memastikan pintu bawah itu berkunci ataupun tidak.
Satu taman perumahan adik Bob dan isteri mencari Aben dan Bon2, rasa bersalah aku berkepuk-kepuk, ditambah pula keadaan Aben yang kurang sihat, bahkan baru sahaja aku menghantar nya ke klinik pada hari khamis yang lepas, Bon2 pula bukan jenis kucing picisan yang pandai membawa diri pada telahan aku, kerana untuk membuang air juga hendak aku bawakan dan ajarkan dimana.
Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah, bersiap ala kadar terus aku turun menyeberangi padang dihadapan rumah aku untuk ke tapak perumahan lagi satu, aku tahu Aben dan Bon2 suka bermain-main di padang tersebut, mana tahu, mungkin mereka tersesat ke tapak perumahan baru tersebut.
Sedang aku berjalan, pakcik keselamatan dari tapak perumahan baru tersebut menjerit kepada aku, mengatakan bahawa ada seekot kucing mengiau ketakutan di salah satu rumah kosong, aku tanyakan warna apa, dikatakan warna coklat gelap, Bon2!. Bergegas aku cepatkan langkah, adik Bob dan isteri juga sampai tepat pada masanya, cepat-cepat mengejar Bon2 yang kelihatan sedikit trauma. Kesian Bon2, dia pasti kesejukan dan tak tidur ketakutan.
Aben! Tapi mana Aben, aku tak nampak Aben. Aben sangat lasak dan hiper walaupun betina, Aben tidak suka dirapati sesiapa, malahan tidak mesra dikalangan spesies nya juga. Tapi kebelakangan ini, Aben kerap mengeluarkan bunyi yang agak mengoda, aku risau Aben sudah lari jauh, barangkali sudah ikut jantan lain.
Aku mati akal. Buntu. Terbayang wajah Aben dimarahi aku, kerana payah sangat nak makan ubat, aku usap parut luka yang Aben tingalkan pada lengan aku, akibat terlalu marahkan aku barangkali. Aku sayangkan Aben. Airmata aku sudah mula jatuh bila aku teringatkan Aben. Ini lah kelemahan aku, jika aku sudah sayang dan bila terjadi sesuatu, emosi aku sedikit terganggu, aku mula resah dan berfikiran macam-macam. Semakin aku fikir aku semakin takut, macam mana jika Aben sesat, macam mana jika Aben lapar. Aku berharap Aben bijak dan tahu jalan pulang. Aku sangat-sangat dan sangat berharap … Aben tahu jalan pulang.
Aben …
Semua ini salah maklang
Aben …
Maafkan maklang
Aben …
Maklang sayang Aben
Aben …
Maklang rindu Aben
Abennnnn!!!! …

Tiada ulasan:
Catat Ulasan