Rabu, 10 Jun 2009

Alahai kereta aku

Ting Tong! Telefon bimbitku berbunyi, tanda ada esemes yang masuk.

“Call aku kejap!” dari Yaya.

Aku dail nombor Yaya, dalam kepala aku sudah berfikir, apa barangkali yang penting sangat tu, Yaya tak akan suruh aku call balik kalau tak ada hal penting, kalau minta tolong di top-up kan pun dia hanya esemes saja. He he

Trutt trutt… trutt trutt… trutt trutt…

“Hello” Yaya menjawab.

“kenapa dik?” Aku tanya, suspen sungguh. he he.

“Kereta Iswara accident” Yaya jawab dengan nada biasa.

“Huh..?!” Aku terkedu campur terkejut.

“Kau nak tau tak siapa yang langgar?” Yaya masih lagi dengan nada tak bersalah.

“Siapa? Teruk ke?” Aku sudah mula panik campur risau.

“BAK!! He he he” Yaya menjawab, apa yang kelakar pun aku kurang pasti.

“Erk!!” Aku rasa nak tercekik, tapi aku rasa lebih kepada nak pitam. Ha ha

“Macam nie Dot, Bak bla..bla…bla... pastu bla…bla…bla…kereta iswara parking depan rumah…bla…bla…bla…Bak nak reverse teksi bla…bla…bla.., bamm langgar bla…bla…bla…. Teruk juga bla…bla…bla…total lost pintu depan bla…bla…bla…kedai potong bla… bla..bla.. RM250.00 bla…bla…bla…” Yaya melaporkan di tempat kejadian dengan panjang lebar sebab aku masih dalam keadaan terkedu untuk menelan situasi yang berlaku.

“Akak baru cakap dengan Mak, kereta tu tak memberi masalah. Ermm… Macam mana sekarang? Dapat ganti rugi tak?” Aku cuba untuk bertenang

“Dah Bapak sendiri yang langgar, nak ganti rugi apakehalnya. Ha ha ha” Yaya seolah-olah seronok pula aku rasa. Ke dia pun dah mereng nak terima situasi ni. Aku rasa, barangkali.

“Ermm… takpe..tengok nanti macam mana? Kau cari je kedai potong, nanti bagitahu akak” Aku mula untuk berfikiran positif. Ha ha

“Tu sebabnya aku suruh kau call aku nie, aku nak kau topupkan aku, sebab aku nak call kedai potong member aku, kredit aku dah habis. He he he” Yaya. Alasan betul..cakap ajer la nak aku topup kan… cheh.

“Iya laaa. Iya laaa. Tapi kau rasa kalau aku saman, leh menang tak? He heee” Aku rasa aku pun sudah mula mereng. Har har har..


…………


Aku agak stress kebelakangan ini, banyak sangat hal-hal yang terjadi, ditambah pula dengan kerja yang semakin bertambah diiringi dengan percaturan untuk masa depan aku. Bila banyak berfikir aku bertambah stress, bila stress aku mula diamkan diri dan menyendiri, kerana itu tidur aku kerap terganggu, malahan aku kerap jugak mengigau dalam tidur (aku rasa he he), malahan ada kala nya aku sukar untuk melelapkan mata, kerana itu kesihatan aku juga terjejas, untuk bulan ini sahaja aku sudah demam beberapa kali, migraine juga semakin beraja di kepala aku ni, rasa nak hempuk ke dinding pun ada juga. Tapi aku pula takut rasa semakin sakit nanti. He he he. Hanya satu saja yang boleh buat aku lega, buat aku lupa seketika masalah-masalah yang berbuku dalam diri ini. Aku mula senyum sendiri…

Layan lagu Dato’ Siti Nurhaliza lagi ngam…la la la

"Ketika cinta memanggil, Gemetar tubuhku, Ketika cinta memanggil, Hangatnya nafasku, Ketika cinta memanggil, Menderu sang rindu, Ketika cinta memanggil" *
.
.
.
.
.

Ada tak sesiapa mahu teman aku pergi menonton konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Jom!!


* Ketika Cinta Memanggil nyanyian Dato' Siti Nurhaliza, runut bunyi bagi filem Perempuan Berkalong Sorban.

Tiada ulasan: