Selasa, 30 Jun 2009

To you, to you, to you!

Happy Birthday to you, this is your day.
On this day for you, were gonna love you in every way.
This is your day, your day.
Happy Birthday to you, to you, to you.

Happy Birthday to you, you’re still young.
Age is just a number, don’t you stop having fun.
This is your day, you day.
Happy Birthday to you.

This day only comes once every year.
Because you’re so wonderful with each and everything you do, hey!
This day is only for you, cause you’re so special in every way.
Happy Birthday to you!




Happy Colourful
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24th
Birthday!
To MFK 555


Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!


Dengan Ucapan,
Semuga dipermudahkan segala urusan
Di dunia dan di Akhirat.
Di limpahi dengan rezeki
Yang berkat dan halal.

Semuga Berbahagia dan hadapi semua dengan senyuman.


p/s: kurangkan moody dan kawal kitaran "period" yang tak teratur tu ya, nanti kurang kachak jadinya. He he, jangan putus semangat, apapun genggam sampai dapat tapi jangan sampai menjadi abu di tapak tangan.

Gokouun o Inorimasu. Ganbatte kudasai!!

Ahad, 28 Jun 2009

Syoknya BBQ!


Seronok sungguh rasanya bila keluarga dapat berkumpul dan beriadah bersama-sama. Agak lama juga keluarga saya tidak menjalan aktiviti bersama-sama sejak masing-masing sudah ada tanggungjawab tambahan. Dikesempatan ini kami ambil peluang yang ada dengan berbbq di rumah adik Bob.


Pada mulanya ingin berbbq di Port Dickson, sebab perkara yang tak dapat di elakkan, kami mengambil keputusan untuk berbbq dan berpiknik di halaman rumah saja lah. Seronok juga, bahkan santai dan selesa, dapat juga la menonton dan jadi tukang gelak untuk perlawanan badminton antara Yaya dan Maz, tak padan dengan mengandung Maz ni, nak juga dia tunjukkan skill jagoan dia tu. Seronok sangat dan semua nya sangat gembira.


Selepas bbq, tiba masa untuk mengemas pulak, Boboy bersungguh-sungguh nak membantu adik Yaya dan Bob mengemas dan membasuh, kalah orang perempuan, dia pulak yang sibuk mengemas, sampai pinggan dan cawan yang masih ingin digunakan pun hendak di kemasnya, terlebih rajin sungguh. Seronok bila bergotong-royong begini, terasa seperti kenduri kawin pula. he he.

Haaa... inilah artis popular di kalangan keluarga saya dan kawasan perumahan saya, Bon2 dan Aben yang hilang baru-baru ini. Mereka pun seronok menyaksikan saya sekeluarga berseronok. Bon2 kepenatan sungguh barangkali, tidur terbungkang mengalahkan mereka yang bergotong-royong mengemas, Aben rilek aje macam mandur. He he
Saya seronok sangat, tak terasa penatnya melayan mereka, Terima kasih Mak, Kak Ain dan Boboy beserta dengan adik Yaya dan Jerol kerana sanggup datang ke Seremban untuk berbbq bersama-sama dengan kami. Terima kasih juga kepada Adik Bob dan Maz kerana menyediakan halaman rumah yang santai dan selesa, lain kali boleh lah kita buat lagi ya. Kita buat di Pulai Perdana pulak, kan mak kan, dan janji kan, hehe


Jumaat, 26 Jun 2009

Ujian Godaan Dugaan



Ya Allah, Ya Tuhan ku,

Ku sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada-Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk ku pada hari ini dan kekalkan-lah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku selama ini dah kurniakan-lah kelazatan untuk-ku mengecap akan segala nikmat yang di turunkan kepada-ku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ya Allah, Ya Tuhan ku,

Ku memohon kepada-Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, momohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut dan sabar yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn …

Rabu, 24 Jun 2009

When You Are Ready To Love


Pertama kali bertentang mata.
Ku yakini
Kita bisa menjadi kawan.
Kau …
Empunya persona berbeda dengan lain-nya.
Aku …
Larut dalam dunia sepi yang ku ciptakan sendiri.
Akhirnya …
Di ketemukan dengan seistimewa kamu.

Adakala-nya …
Aku terlalu dingin.
Hanya itu cara ku
Menyingkir segala galau
Menangani rasa takut sepi ini.

Kau hulurkan tangan kemesraan
Menyakinkan aku tidak kesaorangan

Nyatanya …
Hati ini mula menaruh kasih pada mu
Ku kan setia menanti
Walau seribu tahun
Ku kan setia disisi
Menemani mu … dalam tawa dan tangis lara.

Ucapkan padaku …
Pabila kau bersedia sungguh untuk di-cinta
Kan ku berlari mendakap mu
Merebahkan dirimu di dada ku.

Mungkin …
Satu hari nanti …
Bisa kau tebak …
Rasa yang ku simpan dalam …

Ku cuba untuk telan …
Kepahitan cinta.
Begitu sukar untuk ku hadam.

Hanya pinta ku …
Relakan keberadaan ku di sisi-mu
Usah cemas usah rimas
Tidak akan ku kusutkan diri mu.

Pabila ku tembusi pandangan matamu
Ku sedar ku telah diketemukan
Dengan pencinta ku.

Tegar ku menanti di sisi-mu.
Sehingga kau
Menyerahkan hati mu
Kepada ku.

Selasa, 23 Jun 2009

Will You Meet Me Halfway?


Will you meet me halfway

On the road back to understanding
as we try to overcome the tension
and the silence?


As we recall that we were in better days
gone by.


As we try to capture all those loving feelings
that seen so distant now.


As we try once more to cement
the bond of our love
so fragile and so young.


As we try one more time to heal our pain
and disappointment.


I will meet you more than halfway,
If you will meet me halfway.


- Tim Connor -

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa, Bak!

Firman Allah bermaksud: “Sembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada (orang tua) ibu bapa.” (Surah an-Nisa, ayat 36)
##############
Cerita Wak Tua
Tang
Berdentang jam malam dua belas kali
Di bawah lampu berdiri
Wak Tua sendiri
Kerut-merut muka penat sehari.
###
Debu siang menyelubungi bumi
Dingin mula mengigit kaki, jari
Wak Tua dengan bebanan di pundak
Terletak - mencari sesuap nasi.
###
Dari pagi keluar nafsu penuh
Memburu sedikit untung di antara gunung,
Umur enam puluh tujuh
Belum lagi pernah hidup bingung.
###
Siang,
Mentari membakar muka, hidung
Jualan diteriak di lorong
Di kampung - mengejar sedikit untung.
###
Sekali - sekali
Ada orang memanggil makan
Muka sedikit cerah kena api merah
Bau segar terhirup darah.
###
Jika ada orang bertanya:
"Wak sudah tua
Kenapa masih kerja-kerja
Apa tidak punya penyambung baka"?
###
Wak menjawab hanya:
"Ada aku anak lapan orang
Semua dewasa
Punya isteri suami terang:
Tapi aku bisa memikul beban
Bukan membebani siapa yang berbeban".
###
Masuri S.N.

Jumaat, 19 Jun 2009

Hoiyeahhh!!

Pada hari Rabu, 17 Jun 2009 jam 9.45 malam, hampir 2 hari Aben hilang.

Tiba-tiba ....

Maklang!!! Aben dah pulang!!! jeritan adik iparku di corong telefon bimbitku.

Ye ke!!! hoiyeah! hoiyeah! hoiyeahh!! aku menjerit gembira dalam kereta, terganggu sedikit tumpuan di jalan raya.

Senyum tidak putus-putus hinggap di bibirku, lega rasa nya, terbayang-bayang wajah Aben yang mengikut laporan adik iparku, agak lemah dan sedikit kurus. Mata ku mula berkaca-kaca, maafkan maklang ya Aben. Aben memang kuat semangat dan berani. Paling nyata sekali, Aben memang sangat bijak mencari jalan pulang.

Dengan ini kepada Aben maklang nak ucapkan;

Okaeri nasai Aben!!!

Cayalah! Love you lah!!

Fighthing!!

Selasa, 16 Jun 2009

Mana Aben??

Aben …
Ke mana Aben pergi?

Aben …
Kenapa Aben tinggalkan maklang?

Aben …
Tahukah Aben jalan pulang?

Aben …
Tidak sayang kah Aben pada maklang?

Aben …
Maklang risau. Aben sakit.

Haih … tsk tsk tsk …

Aben ….

Kalau la aku kurang pelupa, barangkali aben takkan keluar dari kandangnya. Akibat kecuaian aku untuk memastikan kandang Bon2 dan Aben berkunci pada malam semalam, aku di kejutkan dengan berita gempar di subuh sepei.

Bon2 dan Aben hilang!!!

Aku yang sedang bersiap untuk pergi bekerja seperti biasa, dikejutkan dengan panggilan telefon adik Bob, apa pelik dia ni nak telefon aku yang satu rumah dengan dia, barangkali dia nak melawak agaknya, tapi April fool pun dah lama lepas.

“Yo!” aku jawab dengan nada ceria dipagi hari.
“Dot!!, Aben dengan Bon2 hilang! Kena curi!” suara adik Bob, ke-panik-kan
“Huh!? Aku turun sekarang!” aku capai apa baju yang ada terus bergegas ke tingkat bawah menuju terus ke halaman rumah.

Sah!! Pintu kandang bawah ternganga luas. Aku terkedu. Aku yang masuk tidurkan mereka berdua malam semalam. Seingat aku, aku buka pintu tingkat atas saja (kandang mereka 4 tingkat, ada 2 pintu) malahan aku langsung tidak terfikir untuk memastikan pintu bawah itu berkunci ataupun tidak.

Satu taman perumahan adik Bob dan isteri mencari Aben dan Bon2, rasa bersalah aku berkepuk-kepuk, ditambah pula keadaan Aben yang kurang sihat, bahkan baru sahaja aku menghantar nya ke klinik pada hari khamis yang lepas, Bon2 pula bukan jenis kucing picisan yang pandai membawa diri pada telahan aku, kerana untuk membuang air juga hendak aku bawakan dan ajarkan dimana.

Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah, bersiap ala kadar terus aku turun menyeberangi padang dihadapan rumah aku untuk ke tapak perumahan lagi satu, aku tahu Aben dan Bon2 suka bermain-main di padang tersebut, mana tahu, mungkin mereka tersesat ke tapak perumahan baru tersebut.

Sedang aku berjalan, pakcik keselamatan dari tapak perumahan baru tersebut menjerit kepada aku, mengatakan bahawa ada seekot kucing mengiau ketakutan di salah satu rumah kosong, aku tanyakan warna apa, dikatakan warna coklat gelap, Bon2!. Bergegas aku cepatkan langkah, adik Bob dan isteri juga sampai tepat pada masanya, cepat-cepat mengejar Bon2 yang kelihatan sedikit trauma. Kesian Bon2, dia pasti kesejukan dan tak tidur ketakutan.

Aben! Tapi mana Aben, aku tak nampak Aben. Aben sangat lasak dan hiper walaupun betina, Aben tidak suka dirapati sesiapa, malahan tidak mesra dikalangan spesies nya juga. Tapi kebelakangan ini, Aben kerap mengeluarkan bunyi yang agak mengoda, aku risau Aben sudah lari jauh, barangkali sudah ikut jantan lain.

Aku mati akal. Buntu. Terbayang wajah Aben dimarahi aku, kerana payah sangat nak makan ubat, aku usap parut luka yang Aben tingalkan pada lengan aku, akibat terlalu marahkan aku barangkali. Aku sayangkan Aben. Airmata aku sudah mula jatuh bila aku teringatkan Aben. Ini lah kelemahan aku, jika aku sudah sayang dan bila terjadi sesuatu, emosi aku sedikit terganggu, aku mula resah dan berfikiran macam-macam. Semakin aku fikir aku semakin takut, macam mana jika Aben sesat, macam mana jika Aben lapar. Aku berharap Aben bijak dan tahu jalan pulang. Aku sangat-sangat dan sangat berharap … Aben tahu jalan pulang.

Aben …
Semua ini salah maklang

Aben …
Maafkan maklang

Aben …
Maklang sayang Aben

Aben …
Maklang rindu Aben

Abennnnn!!!! …

Isnin, 15 Jun 2009

Rumput dan Sayang

















Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, seorang pelajar bertanya kepada guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut ye...mungkin kamu dapat jawapannya.
Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku, dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecuali lah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Rabu, 10 Jun 2009

Alahai kereta aku

Ting Tong! Telefon bimbitku berbunyi, tanda ada esemes yang masuk.

“Call aku kejap!” dari Yaya.

Aku dail nombor Yaya, dalam kepala aku sudah berfikir, apa barangkali yang penting sangat tu, Yaya tak akan suruh aku call balik kalau tak ada hal penting, kalau minta tolong di top-up kan pun dia hanya esemes saja. He he

Trutt trutt… trutt trutt… trutt trutt…

“Hello” Yaya menjawab.

“kenapa dik?” Aku tanya, suspen sungguh. he he.

“Kereta Iswara accident” Yaya jawab dengan nada biasa.

“Huh..?!” Aku terkedu campur terkejut.

“Kau nak tau tak siapa yang langgar?” Yaya masih lagi dengan nada tak bersalah.

“Siapa? Teruk ke?” Aku sudah mula panik campur risau.

“BAK!! He he he” Yaya menjawab, apa yang kelakar pun aku kurang pasti.

“Erk!!” Aku rasa nak tercekik, tapi aku rasa lebih kepada nak pitam. Ha ha

“Macam nie Dot, Bak bla..bla…bla... pastu bla…bla…bla…kereta iswara parking depan rumah…bla…bla…bla…Bak nak reverse teksi bla…bla…bla.., bamm langgar bla…bla…bla…. Teruk juga bla…bla…bla…total lost pintu depan bla…bla…bla…kedai potong bla… bla..bla.. RM250.00 bla…bla…bla…” Yaya melaporkan di tempat kejadian dengan panjang lebar sebab aku masih dalam keadaan terkedu untuk menelan situasi yang berlaku.

“Akak baru cakap dengan Mak, kereta tu tak memberi masalah. Ermm… Macam mana sekarang? Dapat ganti rugi tak?” Aku cuba untuk bertenang

“Dah Bapak sendiri yang langgar, nak ganti rugi apakehalnya. Ha ha ha” Yaya seolah-olah seronok pula aku rasa. Ke dia pun dah mereng nak terima situasi ni. Aku rasa, barangkali.

“Ermm… takpe..tengok nanti macam mana? Kau cari je kedai potong, nanti bagitahu akak” Aku mula untuk berfikiran positif. Ha ha

“Tu sebabnya aku suruh kau call aku nie, aku nak kau topupkan aku, sebab aku nak call kedai potong member aku, kredit aku dah habis. He he he” Yaya. Alasan betul..cakap ajer la nak aku topup kan… cheh.

“Iya laaa. Iya laaa. Tapi kau rasa kalau aku saman, leh menang tak? He heee” Aku rasa aku pun sudah mula mereng. Har har har..


…………


Aku agak stress kebelakangan ini, banyak sangat hal-hal yang terjadi, ditambah pula dengan kerja yang semakin bertambah diiringi dengan percaturan untuk masa depan aku. Bila banyak berfikir aku bertambah stress, bila stress aku mula diamkan diri dan menyendiri, kerana itu tidur aku kerap terganggu, malahan aku kerap jugak mengigau dalam tidur (aku rasa he he), malahan ada kala nya aku sukar untuk melelapkan mata, kerana itu kesihatan aku juga terjejas, untuk bulan ini sahaja aku sudah demam beberapa kali, migraine juga semakin beraja di kepala aku ni, rasa nak hempuk ke dinding pun ada juga. Tapi aku pula takut rasa semakin sakit nanti. He he he. Hanya satu saja yang boleh buat aku lega, buat aku lupa seketika masalah-masalah yang berbuku dalam diri ini. Aku mula senyum sendiri…

Layan lagu Dato’ Siti Nurhaliza lagi ngam…la la la

"Ketika cinta memanggil, Gemetar tubuhku, Ketika cinta memanggil, Hangatnya nafasku, Ketika cinta memanggil, Menderu sang rindu, Ketika cinta memanggil" *
.
.
.
.
.

Ada tak sesiapa mahu teman aku pergi menonton konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Jom!!


* Ketika Cinta Memanggil nyanyian Dato' Siti Nurhaliza, runut bunyi bagi filem Perempuan Berkalong Sorban.

Isnin, 8 Jun 2009

Nothing BUT Love

Lil Sis.
Dalam bercinta, relakan dirimu membakar umpama si lilin,
walau pegun tiada seri, namun tetap sabar dan kekal
memberi cahaya.
Usah menjadi si bunga api, yang gemerlapan bermandi cahaya
indah terpesona dalam silau kemilau berwarna-warni,
namun hanya seketika.
*
*
*
I dedicate this to you.
*****
The moment you stood next to me
I liked the way your eyes looked at me
Though I cried ...
yesterday ...
Today ...
because of you.
My tomorrow will be happy.
Neither ...
Neither his face nor his style
I just needed his tender love
To forget all the time that has passed
I can now no longer do anything without you
Cause I know....
Cause I know nothing else but love.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

wash away the tears, upload the smile that long forgotten on your face, be true to yourself and more important, love yourself. oke!! fighting!!!

Ahad, 7 Jun 2009

Tribute untukmu 3


Masih lagi dengan tema tribute ulangtahun perkahwinan, tapi ulangtahun perkahwinan siapa pulak kali ini ya?. Mari kita sama-sama ikuti... layannn...he he he



Wah... meriahnya hantaran, purple and silver gitu... siapa agaknya wedding planner mereka nie ya..ehem ehem... he he. (sesiapa berminat nak tempah, leh bagitahu saya ya..opss)




Jeng jeng jeng.... ini lah dia pengantin-nya
wah... tema nikah silver-grey... meletopss.. he he
dengan ini saya ingin mengucapkan
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama
buat...Adik ku tersayang
Norsuraya Abu Talib
bersama pasangan sehati sejiwa
Suzairol Mashood
pada

07.06.2008
Semuga ikatan yang dibina, kekal ke akhir hayat.
Senantiasa cekal dan tabah mengharungi gelombang rumahtangga
senantiasa bersedia menempuh asam garam bersama.

Dengan itu...

Mari kita layan dan raikan setiap kenangan indah itu bersama ya...


jom!!!!



Eh... kenapa ada 4 kerusi..suspen nya...




ketibaan pengantin-pengantin ke ruang tamu menuju ke pentas pelamin.
eh.. kenapa ada pengantin extra kat belakang tu ek?




Ooo.. rupanya... pada hari pernikahan adik yaya, adalah hari yang sama kami sekeluarga meraikan sambutan menantu untuk adik bob yang menikah pada 01.06.2008 yang lepas.

kenapa dengan yaya tu, tak puas hati ke? he he








Wah wah wah.. kemain seronok lagi kedua-dua pasangan pengantin ni.
disini ingin saya sajikan pantun untuk mereka
Anak Itik anaknya undan,
Burung kuaran terbang pagi,
Sama Cantik, sama sepadan,
Sama ukuran, sama tinggi.
(ralat.., sama ukurun tu, kena kasi adjust skit, ha ha.. gurau eh)


aduiyai.. segak-nya kedua raja sehari nie, hehe..rampingnya la hai pinggang adik ipar saya nie... apa rahsia-nya dik?? he he
Raja sehari ada pantun nak dijual pada Ratu mereka...
Kalau orang pergi ke huma,
Kami pergi ke bendang padi,
Kalau Dinda menjadi bunga,
Kanda menjadi kumbang penyeri.

Ratu sehari pun tak mahu kalah juga kan.
ini dia balasan dari mereka.
Pokok kelapa tunbuh di bukit,
Daun Kahwa banyak di ladang,
Cinta Dinda bukan sedikit,
Racun penawar kanda seorang.



hep hep.. baby Imran pun nak enterprame juga. hehe

ini pula pantun dari maklang dan baby Imran untuk pasangan Raja dan Ratu sehari

Rama-rama di Pulau Upih,

Ribu laksa boleh katakan,

Rumahtangga umpama kain putih,

Apa suka kalian warnakan.



Dik, akak doakan kalian akan selalu tersenyum, dan semakin hari semakin indah dan bercahaya senyum yang bakal kalian ukirkan. Amien.

Love all of you!!.

DUA SEJODOH

Keduanya sama sepadan:
Umur sama muda,
Rupa sama cantik,
Badan sama sihat,
Hati sama suka,
Bintang sama naik,
Peroman sama baik.

Dibujur sama panjang,
Dibidang sama lebar,
Ditimbang sama berat,
Disukat sama penuh,
Dua setumbuk bagai gelang,
Dua pasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua,

Gelugur di tebing tinggi,
Bulang-baling dalam belukar,
Diukur sama tinggi,
Dibanding tidak bertukar.

Bagai susu dengan sakar,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai cembul dengan tutupnya,
Sirih pulang ke gagangnya,
Bunga pulang ke tangkainya,
Buah pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke yang empunya.

(tidak bernama)

Jumaat, 5 Jun 2009

Taubat Seorang Hamba



Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ....
Terimalah ….
Terimalah ….
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ....
Terimalah ….
Terimalah ….
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima...

Isnin, 1 Jun 2009

Tribute Untukmu 2

Selamat Ulangtahun Perkahwinan
untuk 2 saudara kandungku
Dengan ucapan
Semuga panjang umur
murah rezeki dan diberkati Allah.
Dipermudahkan urusan rumahtangga kalian
Semuga ikatan perkahwinan kekal ke akhir hayat
dan berbahagia selalu hendaknya.
Ulangtahun Ke-2 buat Abangku
01.06.2007
Azhar & Fatan Hamamah
Cahayamata: Imran, 15 bulan
Ulangtahun pertama buat Adikku
01.06.2008
Azrie & Mazlina Syafinah
Cahayamata: on the way (he he)
*
*
*
*
*
*
*
*
Khas buat kalian
SeLaMat UlaNgtaHun SaYanG

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang slalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya ingin kan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu