Selasa, 14 April 2009

Kenangan-Ku

Hari ini, saya masih lagi ingin mengekalkan entri berunsur syok sendiri… ha ha, saya peduli apa, bukan saya ada mengganggu sesiapa pun bahkan rumah saya ini juga sepi tiada penggunjung.

Sebelum itu, ingin saya bertanya dengan kalian yang hanya menjadi silent reader disini, sudah tentu kalian pernah bercinta bukan? Jika tidak pun, perasaan meminati sesaorang sudah tentu ada, lumrah kita manusia, tidak lepas dari tempias perasaan yang halus itu, perasaan yang bisa buat kita rasa teramat bahagia, bagaikan terbang di hamparan langit biru, seolah-olah berkejaran diatas jalanan pelangi nan indah. Umpama bermimpi di siang hari dan igau di malam-nya. Ha ha ..asyik bukan…

Sayang, ada kalanya, indah tidak selalu bertandang lama, sedikit sebanyak akan timbul juga perasaan-perasaan yang tidak enak, takkala cemburu datang menjelma misalnya, mungkin juga takkala kita menilai atau membezakan pasangan kita. Jadi dimana kata-kata “aku terima kamu seadaa-nya” itu pergi ya? Ataupun, kemana hilangnya “saya tidak menginginkan apa-apa darimu, teruslah menjadi diri-mu”. Ha ha…Di ketika itu, setiap yang manis menjadi kelat, yang indah bertukar ngeri, sungguh tidak menyeronokkan sama sekali.

Tapi…

Jika si dia pandai memujuk, menutur bahasa umpama melagu puisi di corong telefon, maupun menitipkan esemes berbunga kata, adakah rajuk-mu akan lama?.. saya yakin, sebagai wanita, di pujuk dengan anyaman bahasa nan indah, umpama satu kemaafan yang sempurna bukan…

Dengan itu, ingin saya kongsi bersama anda, kenangan dari saya, ketika saya dan dia bertikam lidah, kami lebih senang meluahkan mahupun memujuk dengan cara yang amat berseni, pada perasaan dan penelitian saya, jika kalian rasa tidak, tak ada hal punya. Janji kita layan…. He he

Bait-bait kata ini
Kukirim kan lewat sms
Buat sang kekasih
yang remuk hatinya
Dek penangan egoku
Yg redam perasaannya
Oleh keangkuhan ku

Habibah ku ……. Suri
Aku disini dirundung malu
Malu pada kau
Pada diri sendiri
Lantaran gagal membuat kau bahagia
Dan rasa ini membunuhku

Buat kau yg selalu ku rindu
Aku sayangkan kau

Amacam?? Cair bukan… sedangkan ketika membacanya saja sudah tersengih-sengih, berguling-guling bahagia…cewahh...perasan sungguh saya...ini balasan saya, sudah cair sedikit…ahaks

Usah merasa malu hingga memakan diri
Seganmu pada diri bikin hati Suri pedih
Usahlah sayangku menghukum Suri begini
Diam sayang bikin Suri bertambah sedih

Gelisah jiwa asik memikirkannya
Adakah sayang sudi memaafkan khilafku
Remuk redam hatiku ada penawarnya
Nyatakan sayang dan rindumu hanya untuk-ku

Ha ha ha… sungguh memalukan menempek-nya disini, rupanya susah juga ingin memujuk hati pria ini jika sudah tinggi rajuk-nya. Apa-tah lagi dia yang dikenali sebagai perjaka yang empunya super-ego yang tersendiri. Mari kita lihat balasan dia ya… dan seterusnya dari saya..kita layan saja-lah sampai ending…he he

Ibarat bunga mekar yang tercantas
Perlukan masa untuk kembali
Bertunas dan mekar semula
Kalau tak dijaga dengan baik
Hasil yang diberi takkan sama
Dengan yang sebelum-nya

Kalau begitu kira-nya.
Tunas yang baru takkan saya ganggu
Akan saya tunggu sehingga ia berbunga
Semoga harumnya
Dapat menyapa saya

Adat orang berkasih sayang
Diuji pelbagai macam halangan
Barang lepas usah dikenang
Jadikan pengajaran sentosa hubungan

Rindu dikalbu tidak terhingga
Kapan bunga kan bertunas semula
Berilah petua untuk membaja dan menjaga
Agar bunga kesayanganku mekar segera

Bunga tercantas dijaga bersungguh
Agar tumbuh mekar mewangi
Biar lah Suri usah resah
Hati ini ku pujuk sendiri

Jual mahal dan melucukan bukan kami berdua, seolah-olah bercinta pada zaman Hang Tuah gaya-nya, sejujurnya, memang indah jika bergaduh menggunakan kata-kata sebegini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan amarah yang ada, hati terus terubat dan kembali lembut semula. Ingin saya syorkan kepada anda semua. Apa kata kalian mencuba-nya juga. Selamat Berjaya…

* harap maklum, semua ayat-ayat diatas, tidak di-edit sama sekali, jadi minta di maafkan akan kesalahan ejaan mahupun suku-kata pada ayat-ayat tersebut ya.

Tiada ulasan: