
* * * * * * * * *
Entah kenapa, semakin aku cuba untuk tersenyum, semakin menderas airmata yang tumpah ke pipi, semakin aku cuba untuk melupakan, semakin kerap kenangan itu menerjah masuk ke peti minda ini, semakin aku cuba untuk menepis rindu ini, semakin pantas rasa itu datang bertandang tanpa diundang.
Hati ini menjadi semakin sakit, sakit dek rindu yang tak mampu ditanggung, sakit dek sayang yang tak mampu diluah, sakit dek kasih yang tak mampu dicapai, sakit dek cinta yang tak mungkin kesampaian.
Disini, ingin ku ucapkan terima kasih kepada-mu, kerana membuat hidup sepi ku bahagia dan ceria walau hanya seketika, kau menghidupkan siang-ku dengan kata-kata manis-mu, kau melenakan malam-ku dalam bobokkan gemersik irama-mu, kau lukiskan hari-hari ku dengan warna-warni keindahan, kau hangatkan jiwa ini dengan gubahan madah terindah untuk-ku, kau hidupkan hati ini dengan belaian romantis-mu, kau sangkal diri ini dengan tegas tapi comel, kau tegur diri ini dengan penuh kritis tapi sweet, kau abadikan cinta-mu dengan ukiran kenangan terindah yang tak mampu untuk aku lupuskan. Engkau-lah yang terbaik pernah hadir dalam hidup-ku.
Terima kasih atas lagu di-atas, akan ku hadapi semua dengan senyuman, walau ku tahu amat perit untuk ku bendung airmata ini, akan ku hadapi semua dengan tenang, sungguh pun sukar untuk aku menahan galau dihati ini, akan ku terima untuk pasrah dalam merelakan ketentuan-Nya, sememangnya aku sedar aku tak mungkin akan menang…
Dikala entri ini ditulis, pelupuk mata ini masih lagi basah, airmata ini masih degil tidak mahu berhenti, tidak pasti kapan akan mengering, maaf, kerana aku juga cenggeng dan amat rapuh ketika ini. Izinkan la aku berterusan menangis, sampai masa pasti akan berhenti jua, cuma-nya aku tidak pasti bila...

2 ulasan:
Terimakasih jua.
Terimakasih untuk segalanya.
Si kachak suparjo,
Keep me as the apple of your eyes and hide me in the shadow of your wings.
Smile for me ok!!
Catat Ulasan