Kebelakangan ini, saya tiada daya untuk menitipkan apa-apa, akal bagaikan kosong, minda bagaikan bolong, hanya titik-titik hitam yang kelihatan bergentayangan di ruang fikiran mencari tempat jatuh. Adakah saya sahaja yang merasa, apabila usia tua mula menyingkap tirai kematangan.
Dengan itu, apa kata, untuk peringatan kepada anda dan juga saya sendiri, di hari Jumaat penghulu segala hari ini, kita hayati bait-bait kata ini. Mudah-mudahan kita sama-sama celik dan sedar dalam kita mengejar cita dan cinta dunia, ada satu CINTA yang pasti menanti kita. Disana...
Dengan itu, apa kata, untuk peringatan kepada anda dan juga saya sendiri, di hari Jumaat penghulu segala hari ini, kita hayati bait-bait kata ini. Mudah-mudahan kita sama-sama celik dan sedar dalam kita mengejar cita dan cinta dunia, ada satu CINTA yang pasti menanti kita. Disana...
******
MONOLOG SEORANG HAMBA
******
Apabila bercerai nyawa dari jasadnya,
Itulah yang dinamakan kematian,
Bukan sekadar hilang nikmat menghirup udara segar,
Bukan sekadar hilang nikmat makanan dan minuman,
Tetapi, hilang segala nikmat keduniaan,
Aku melangkah ke alam yang telah dijanjikan.
******
Mati itu benar! Soalan malaikat di barzakh itu benar!
Siksaan kubur itu benar! Nikmat di kubur itu benar!
Tetapi, sudahkah aku bersedia melaluinya?
Dengan amalan yang aku telah himpunkan,
Dengan maksiat yang aku telah rencanakan,
Tanpa mengira apa yang berlaku di hari kemudian.
******
Siapakah yang mampu membantu aku di situ?
Dia bertanya; Para pengikut engkau?
Pangkat kekuasaan engkau?
Harta engkau yang melimpah ruah?
Atau darjat keturunan engkau?
Ingatlah! Itu semua tidak membantu engkau,
Tanpa ada ketaatan kepada Yang Maha Esa,
Tanpa ikutan amalan yang disampaikan utusanNya.
******
Ingatlah mati tidak akan melupakan engkau,
Mati tidak akan tewas memburu engkau,
Ia berada di mana-mana, hanya menunggu masa,
Apabila telah tiba detiknya,
Maka Si Utusan Maut akan datang menjelma,
Sama ada dengan ceria atau bermasam durja.
******
Aku bermunajat; wahai tuhan Yang Maha Kuasa,
Berilah hidayah dan petunjuk kepada hamba,
Agar dapat menemui Mu dengan perasaan bahagia,
Tidak seperti hamba-hamba yang derhaka,
Tidak seperi Firaun, Qarun atau pengikutnya,
Tetapi umpama kekasihMu yang taat setia.
******
Tuan Haji Mohd Salleh Ariff
28 December 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan