Isnin, 30 Mac 2009

TahNiah

** dari-ku untuk-mu Fier **

Hari ini,
Di tengah hari bolong
Panas jantan menyengat di ubun kepala
Merecik-kan keringat kelelakian-mu

Panas terik
Bukan halangan
Letih lesu
Umpama dorongan
Perit jerih
Laksana persinggahan

Kaki itu
Terus melangkah
Ke garis akhir
Sehingga
Tangan itu
Menggenggam erat
Sambil
Bibir itu
Tersenyum bangga
Melirik
Gulungan kertas
Kau gelar
Ijazah

Ahad, 29 Mac 2009

MaLam


Di suatu malam yang hening, dalam alunan renyai-renyai hujan kedengaran di angkasa raya, bayu malam menghembus hawa sejuk menggigit ke seluruh tubuh, aku yang berkelubung dalam selimut, mengerekot kesejukan lena di buai oleh irama alam nan indah, gemersik dan mendamaikan.

Di ketika mimpi baru sahaja ingin mengetuk kamar hati dan mindaku, lena ku dikejutkan dengan bunyi esemes yang hinggap masuk ke dalam telefon bimbitku. Berkeadaan separa mamai, jemariku menggapai dan membuka pesanan yang baru diterima, aku kejip-kejipkan mata, melihatkan nama penghantar-nya sahaja sudah bikin aku tersengih.

Di balik dingin dan kemerduan malam, aku terlena pulas dalam senyum yang puas, bayu sejuk seakan menghangatkan lagi rindu yang bertahta pada-mu, deru hujan seolah melebatkan rasa sayang pada-mu, engkau yang tidak pernah putus ilham, mengukir madah dan menyulam-nya indah, menjemputku rebah hanyut dalam mimpi indah, disulami dengan kelunakan irama alam, sayup dan menenangkan.

*******
Selamat Malam Sayang.

Wajah-mu, ingin ku tatap
Senyum-mu, ku patri dalam memori
Suara-mu, mersik beralun dalam nadi
Kulit-mu, ku elus bergetar jiwa.
Kasih-mu, sayang-mu, cinta-mu,
Ku damba dalam lena dan jaga
Salam rindu, buat-mu
Kekasih hati

Sabtu, 28 Mac 2009

Dan Sebenarnya

Ingin aku bertanya anda semua,

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila menyedari si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, sedang ronda-ronda berdua mengecapi nyaman kelam malam. Adakah anda akan mengetap bibir merasa diri tertipu. Lantas ingin saja menelefon-nya memaki hamun minta putus serta merta.

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila mengetahui si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, menikmati dan menjilat segenap rasa walnut brownies secret resipi. Adakah anda akan rasa nyanyang jiwa raga haru-biru. Lantas ingin saja di-terjah lalu diganyah-ganyah bibir mungil-nya sepuas hati.

Apa yang akan anda lakukan?
Pabila mengesyaki si-dia larut bersama-sama dengan ex-nya, berguling kepulasan di dalam lena masing-masing serumah. Adakah anda rasa terlalu kecewa, geram, cemburu, berbara, gila meroyan. Lantas ingin saja dihempuk dan di pijak-pijak perut boyot-nya bak kukang.

Jika ditanya pada aku? Apa aku rasa? Apa akan aku buat?

Aku hanya akan menyanyikan lagu ini berulang kali sambil buat ‘dunno’. Ahaks

* * * * *

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan enggan melayan diriku lagi pabila, air mata membasahi pipi dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila, kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku

ku enggan berpura-pura ku bahagia, ku enggan melihat kau bersama si dia, oh ku akui cemburu telah menular dalam diri pabila kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya ku rebah, jatuh ke bumi di saat kau benar-benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman-mu itu kau juga merindui aku oh

Jumaat, 27 Mac 2009

UlangTahun

Dingin pagi mengejutkan aku yang masih lena, ku buka mata. Ku sentuh pipi dengan kedua-dua tangan, ku sentuh hidung dengan jari, ku mengelipkan mata berkali-kali, ku leret senyuman paling indah sambil menggeliat mengejutkan seluruh anggota badan.

Ku hirup udara segar dan nyaman dalam-dalam dan menghembus-nya perlahan. Ku intai keindahan subuh syafii di celahan jendela, merenung diam dalam sepi pagi. Kicauan burung-burung dara bak siulan menyanyikan lagu bahagia di telinga.

Terima Kasih Ya ALLAH, dengan berkat-Mu, dengan izin-Mu, dengan kemahakuasaan-Mu. Aku masih mampu menghirup kenyamanan, melihat keindahan, mendengar kebahagiaan, merasa kenikmatan, mensyukuri ketenangan. Pada setiap anggota badan dan pancaindera milik-MU.

Terima kasih Ya ALLAH, kerana memanjangkan nyawaku untuk hidup di atas bumi-Mu dan melanjutkan tempoh pinjamanan pada roh dan jasadku. ku sujud meratap syukur kepada-Mu, menginsafi di setiap lengkung perjalanan hidupku, di subuh sepei ini tepat detik kelahiranku. Ku yang kerdil menyembah diri kepada-Mu.

*******

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan... kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada kudrat-Mu
Mula membina rohaniku
Ujian kepahitan...
di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Rabu, 25 Mac 2009

DeBok

Ketika engkau hadir dalam hidup kami
Masih lagi kecil dan genit
Sungguh comel dan manja
Sungguh cergas dan tangkas

Sayang-nya kami kepada kamu
Dibelai dan dimanja selalu
Ditatang dan dijaga selalu
Didampingi dan dicumbui selalu

Hati kami telah engkau leburkan
Dengan renggek ngiau-mu
Dengan lenggok manja-mu
Dengan jernih kaca mata-mu

Kini. Tidak bisa lagi kami saksi
Kebahagiaan di mata-mu
Kenakalan karenah-mu
Tranformasi kematangan-mu

Engkau redha melepaskan roh-mu
Kepada yang SATU
Pencipta dan empunya nyawa
Di pangkuan dan disaksikan tuan-mu.



*

*

*















Debok..
Semoga engkau bahagia disana
Sepertimana engkau membahagiakan kami.

Selasa, 24 Mac 2009

BoMoh

Bergosip bersama Yaya

Yaya:
Eh Dot!! Citer panas!! Hot dari oven!!!

Aku:
Mende? Mende?

Yaya:
Ko tau tak? Mak mertua Kak A tuduh dia membomoh Abg G…

Aku:
Uih!? Betol ke? Ish..ish..ish

Yaya:
Pesal nak tipu lak… tak senonoh kan, sesuka hati ajer mulut tu.

Aku:
Ermmm….tak faham aku lah..

Yaya:
Aku pun tak faham, yang dia nak memburuk2kan lagi tu pehal, dah terang lagi bersuluh memang dorang tu yang suka mereka2 cerita...panas hati aku nie (Yaya kalau panas hati memang menakutkan, haha)
.....
Siap dikatanya Kak A membodohkan2 Abg G, macam lembu dicucuk idung. Macam gampang kan (Gosip kami memang selalunya sangat panas, haha)

Aku:
Takkan la kot. Tak mungkin. Tak mungkin

Yaya:
Tak mungkin mendenya ko ni!

Aku:
Aku pelik, tak pernah plak aku nampak idung Abg G tu ada tali cucuk lembu
.....
Ermmm…mushkil betol la..ish ish ish
.....
Kau nampak? Nampak?

Yaya:
Ya Tuhan! Kenapa kau jadikan Dot ni akak aku!!!

Dan. Ketawa kami pecah. Haha

Seperti biasa-biasa, dimasa senggang bila berkesempatan bersama, kami lebih banyak meluahkan rindu dendam dengan bergosip, well, kami memang wanita sejati, haha.

Isnin, 23 Mac 2009

BuJang

Kenapa kau suka mengaku bujang?
Sebab kau rasa kau laku
Sebab kau rasa kau ensem
Ke sebab kau rasa kau seksi
Bila meragakan perut kau yang membuyung bak labu sayung.

Kenapa kau suka mengaku bujang?
Sebab kau rasa kau hebat
Sebab kau rasa kau tahu rahsia wanita
Ke sebab kau memang yakin
Bila menyajikan halwa manis telinga dari lidah kotor kau itu.

Kenapa kau suka mengaku bujang?
Sebab kau rasa gadis2 gedik itu bodoh
Sebab kau rasa kau bijak
Ke sebab kau memang ngok
Bila tanpa aib menafikan keturunan kau yang semakin matang.

Sekarang masih kau mahu mengaku bujang?
Bila sang anak mula menagih kebenaran
Bila para isteri mula menuntut talak
Ke kau masih merasa hot
Takkala melihat surat saman berkepuk menempek di depan mata.

Oh ya..
Memang benar kau bujang
Bujang tiga…opss
Tinggal dua saja ya!!!

Ahad, 22 Mac 2009

MaTa

Di Hospital kerajaan bertempat di selatan tanah air, Bak (saya mengelar ayah saya dengan panggilan Bak, kiut bukan) menjalani pembedahan mata, walaupun terdapat pesakit lain disitu, seolah-oleh wad tersebut hanya untuk keluarga kami sahaja, Boboy anak sedaraku paling lasak memang terkenal dengan keletahnya, kemana saja Bak pergi ingin diikut serta waima ke dalam bilik pembedahan sekalipun. Bahkan tidur pun mahu sebantal dengan Bak di atas katil pesakit. Boboy memang sangat manja, bagi beliau, Bak adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup dia dan selamanya, Bak lah atuk dan sahabat baiknya.

Misi bertugas sudah mula menyarungkan sarung plastik pada kepala Bak, bersedia untuk dibawa ke bilik pembedahan, dengan lantang boboy menghalang;

Boboy: Atuk, atuk nak gi mana, boboy nak ikut
Bak: Atuk nak gi operate mata, boboy tunggu luar k
Boboy: Tanak..... boboy nak tunggu sebelah atuk

Kami hanya tersengih melihat boboy, langsung tak ingin dilepaskan Atuknya. Sepanjang menunggu Bak selamat dari pembedahan, Boboy resah seribu bahasa, mulutnya tak berhenti mengomel dek kerana terlalu lama menunggu Bak, sehinggakan makanan pun tidak mau dijamah hanya kerana ingin makan bersama dengan Bak. Sehinggalah Bak menjengah di depan pintu wad, Boboy sakan menyalak nama Atuknya;

Boboy: Atukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Bak: he he..jangan bising..atuk tak apa-apa
Boboy: Atukk, boboy lapa nie, dah lapa sangat dah nie
Bak: ceh, ingat risaukan atuk, lapa rupanya

Dengan lahap, boboy melantak makanan hospital, berselera sungguh, pelik, dalam banyak-banyak makanan yang dibeli, makanan hospital yang dimakan dengan Bak jugak yang paling sedap baginya, dengan mulut penuh, Boboy bersuara;

Boboy: Atuk, kenapa atuk sakit mata?
Bak: Habuk
Boboy: Habuk? Kenapa atuk tak lari? Jangan dekat dengan habuk!

Bak hanya menyengih menampakkan mulutnya yang sudah semakin kurang gigi. Suasana menjadi hening tiba-tiba, Boboy menatap lama wajah tua disisinya, dimatanya menceritakan betapa sayangnya dia pada Bak, dirapatkan mulutnya ke telinga Bak, ditutup dengan tangan dengan harapan kata-katanya tidak mungkin dapat didengar oleh yang lain, lantas dia berbisik dengan penuh syahdu dan bermakna.

Boboy: Atuk, atuk sekarang dah leh nampak kan? atuk dah leh main game kan.
Boboy: Nanti kita sambung main game sama-sama ek.
Bak dan semua: Cheh!!!!!!!!!

Jumaat, 20 Mac 2009

MunaJat






















Di atas kitaran sisa hidup bernadi gemalai
Di pinggir miqat kembara ini
Ilahiku
Kupohonkan sepicing nur-Mu
Di hidayah
Bak sekelumit
Simpatimu
Bak dian menyimbahi sucinya
Di kala gelap kebutaan merantai
Mungkar nan kian pengit
Melemas urat rengkung
Hidupku.

Izinkan kuhirup suci nikmat limpahan-Mu
Tuhanku,
Demi membasahi gersang
Kian membakar
Di rentung nafas nadiku.

Renjiskan hujan jernih sewangi
Syurga-Mu
Tuhanku,
Demi aku ingin kembali
Menyelami banjir
Nikmat-Mu
Tuhanku, izinkanlah kemakrufan
Membelai pengembalian ini.

Khamis, 19 Mac 2009

SuKa

Saya sangat suka puisi ini, jadi saya paparkan disini.
Jom kita layan sama-sama.

Trilogi Semut











semut hitam berjalan beriringan
di sebelah batu hitam
bernyanyi dan berbondongbondong
menggotong sepotong roti
yang sengaja aku jatuhkan ke tanah
sebuah koluni yang harmonis
kemudian tanah lembab.

semut merah merayap
di dinding beriringan dan bernyanyi
dengan menggotong tanah yang lembab
kemudian dinding bergetar.

semut putih berjalan pada ranting yang kering
terdengar gemeretak.
Sang ratu yang tampak cantik
di usung beriburibu prajurit semut
lalu tersenyum kearahku.
"kau cukup beruntung manusia"

Rabu, 18 Mac 2009

SaYanG

Di ketika ku sendiri
Kau hadir mengusir sepi hati
Menyuntik nafas baru
Dalam alunan irama nan syahdu

Kau lah penglipur lara
Menghibur dengan cerita jenaka
Mencipta syair dan pantun
Nan indah buat ku terpaku

Membaca cerita jenakamu
Ku singkap hati budi mu
Yang berani berhujah dan menyindir
Tanpa sedar ku tertawan olehmu

Disampingmu,
Lenyap segala galau dihati
Terhapus pilu yang mengusik kalbu
Dihatiku, hanya engkau dan aku
Terhakis kisah lalu
Tercipta lembaran baru

Percayalah sayang,
Aku tidak mengharapkan berlian permata
Tidak pula rumah bertingkat
Maupun mobil mewah yang dilapisi kaca

Aku berani memakai baju bukan sutera
Perhiasan tidak emas berlian
Dan bukan pula sepatu berlapis baja

Aku dambakan kedamaian
Ketenteraman jiwa
Dan paling utama
Kermuniaan cintamu

Selasa, 17 Mac 2009

AtoK T2850

Kain batik yang ku hadiahkan untukmu,
Tiada sempat kau gunakan,
Pesanmu, selimutilah badanmu dengannya,
Dapatkah atok menebak masa depan,
Atau Tuhan lebih menyayangimu.
Bagai halilintar, sekelip mata,
Ku saksikan kau berjuang.
Tabah dan tawakal dan akhirnya,
Dingin subuh, 29 Februari 2004,
Kain batik itu menyelimuti tubuhmu.

Kehilangan atok terlalu menghiris,
Ataukah hanya aku yang merasa,
Terlalu sikit dapat kubalas setiap pengorbanan dan jasamu,
Dan dalam kehidupan yang semakin bercabang, luas
Aku menjadi semakin piatu.

Atok ibarat pohon nan rimbun,
Teguh dan sentiasa melindungi ku,
Dari terik dan taufan cuaca,
Atok sedia mengongsi air, sinar, baja,
Kerana atok yakin,
Setiap kami adalah tumbuhan yang istimewa,
Satu hari kan berupaya menjadi pohon.

Tidak bisa ku lupakan jasamu atok,
Membesarkan aku, cucu yang kau jadikan anakmu,
Tidak akan ku lenyapkan dari ingatanku,
Air mata yang atok titiskan,
Sepanjang perjalanan dari Kg Parit Thabur ke Johor Bharu,
Atau ria-laramu di perkampungan setinggan Bakar Batu,
Penantianmu ketika aku pulang lewat dari mengaji,
Doronganmu terhadap cita-cita ku,
Kejutanmu agar tidak lewat ke sekolah,
Iringan doa dan air matamu yang tidak penah lelah untukku,
Ketabahan hatimu dan keyakinan mu terhadapku,
Dalam getir dan sengsara atok terusan tersenyum,
Bikin hatiku bahagia, dalam doa, kasih sayang dan kemaafanmu.

Dinihari, ku kerap terkenangkan,
Ceritera-ceritera yang pernah kau sampaikan,
Sejarah tentang penderitaan ketika jepun melanda,
Komunis bermaharajalela,
tentang perit jerih bagi sebuah kemerdekaan,
Menyedarkan aku untuk bersyukur dengan
keharmonian ku kecapi,
Kisah misteri, ceritera para nabi,
kisah jenaka yang mengeletek jiwa,
Dan tidak lupa petua dan masakan tradisi mu,
Agar ku bisa menjadi wanita sejati kebangganmu.
Atok titipkan aku semangat dan tunjuk-ajar,
Menyerlah kan aku untuk menjadi seorang yang bermaruah,
Sentiasa menginsafi diri dengan kebesaran dan kekuasan ALLAH.

Dalam peredaran masa semakin tua, perubahan dunia,
Aku amat merinduimu atok,
Sarapan pagi dengan hidangan lempengmu,
Tengahari dengan nasi berlaukan garam dan air teh ciptaanmu,
Bagaimana kau masukkan ubat dalam buburku,
kerana kedegilanku,
Duduk-duduk sepetang melayan atok yang hanyut
dengan muvi hindinya,
Memerhati atok di dapur, menasihatiku, meleteriku,
Setiap kali ku memberi alasan enggan belajar memasak,
Gurauanmu, bertikam lidah, hanya kerana ku
rasakan petuamu tahyul,
Keprihatinanmu, kegelisahanmu, takkala kaki ku tercucuk paku,
dek kenakalanku,
Kasih sayangmu mempertahanku dirotan ibu kerana kekhilafanku,
Tidurmu, dakapanmu, cumbuanmu, karenah dan perhatianmu,
Oh betapa aku rindukan mu, atok.

Tiada anyaman indah seagung kasihmu,
Atok oh atok ku,
Kau lah jauhari arif,
Mohor manikam,
Segala pesanan dan doamu,
Akan ku kenang,
InsyaALLAH kutunaikan.

Isnin, 16 Mac 2009

CinTa


Sunyi..
Tiada bunyi yang dapat ku tangkap.
Hanyalah bilah-bilah kipas siling yang menderas.
Namun hawa sejuk tidak bisa menakluki hatiku.
Derasnya hanya mengalakkan galau di sukmaku.

Ku cuba tutupkan mata, cuba untuk melupakan semua, ku iring ke kiri, terasa rimas, ku iring ke kanan, terasa sesak, ku lentangkan badan, kembali menatap kipas siling, ku renung lama, terlalu lama hingga terasa hangat dipelupuk mata, tidak, tidak ingin ku jatuhkan ia, jatuhnya ia, hanya akan mengundang memori lama, terlalu lama, yg ingin ku simpan dalam, di tempat yang paling dalam, yang tak akan mungkin ditebak sesiapa pun, walaupun aku!.

Ku pejamkan mata,
Ingin ku damaikan hati ini,
Ingin ku lena dalam mimpi,
Mimpi indah penuh cinta,
Ingin ku anyam kata-kata,
Bisa buat ku senyum semula.



**************************
"Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu, maka yakinlah, bahawa lara itu hanya sebatas duri; hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu. Meskipun kelam, kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu, terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan. Kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu; maka carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah! Walau apapun tafsiranmu tentang cinta, ia tetap ada dan tersemayam dalam hatimu."
************************


Senyum, bibir ku menguntum senyum.
Ku cuba untuk kekal tersenyum.
Walau ku tahu.
Hati ku pedih hancur luluh.
Akan ada titis air yang akan jatuh.
Pasti jatuh..

Ahad, 15 Mac 2009

SePi

SePi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku SePi
Biar senyum hadir di hari ku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam