Jumaat, 24 Julai 2009

BonAben

Aben

Kucing kesayangan saya yang senantiasa bikin hati ini terusik melihat keletah mereka




Bon Bon

Dahulu ku sendiri
Bingung dan sesat dalam dunia yang asing
Tiada keyakinan dan tidak meyakini sesiapa

Sendirian, aku sepi
Kau hadir tiba-tiba

Dahulunya kelam kini menyilau terang
Kau hambat resah gelisah dalam diri
Memimpin ku kembali mengenal hidup

Umpama mentari, menyinari hidup ku
Tak ubah seperti bintang, berkerlipan di malam-nya
Umpama bulan, mengambang di dalam hati ku
Engkau lah siang dan malam ku
Dunia ku
Hidup ku

Kini,
Pabila ku buka mata yang terlena
Dengan senyuman menguntum di muka
Tiada lagi airmata, tiada lagi sakit
Kerana kau cintaku
Kau meyakiniku dengan cinta
Kau meyakiniku dengan berbagi hidup

Kau beriku kekuatan
Ketika ku terlalu rapuh
Kau beriku harapan
Ketika ku kehilangan-nya
Kau buka mata ku
Ketika ku kegelapan

Engkau akan senantiasa menunggu ku

BonAben, maklang sayangggg kamu!

Tiada ulasan: