Isnin, 27 Julai 2009

Ahad, 25/07/2009, 4.42 pagi

Kali ini, aku nak menceritkan pengalaman aku sendiri, suspen dan mendebarkan.

Malam semakin larut dengan pantas beralih ke subuh sepi, di luar, kedengaran gemiris hujan mengetuk genting-genting rumah dan mencium muka bumi. Aku, masih lagi tidak tidur, mata ku masih lagi galak, tertancap pada skrin tivi di hadapan ku, drama korea bersiri "My Sassy Girl, Chun-Yang" seolah mengkhayalkan ku, menghapuskan kantuk ku.

Azam aku semakin kuat untuk mengkhatamkan 16 siri tersebut dalam masa satu hari, sehingga siri ke-13, aku mula rasa tidak selesa, kedudukan statik ku dari pukul 6 petang sudah beralih arah berkali-kali, haih, hujan diluar mengubah suhu angin berganda sejuk, sehingga mengakibatkan pundi kencing ku tidak tahan untuk melepaskan hajat.

Aku angkat punggung, jedakan sebentar drama di kaca tivi, terus menuju ke kamar tidurku, aku picit suis lampu, lampu kelam akibat satu mentol sudah terbakar, aku kejap-kejap kan mata, melihat ke jam di telifon bimbitku di atas meja, wah.. dah pukul 4.40 pagi, gila tak tidur lagi, patut la aku rasa pedih di bahagian mata, aku tekan suis hawa dingin, supaya bilik aku berada dalam keadaan selesa untuk aku tidur selepas subuh nanti.

Aku senyum, puas, bilik dalam keadaan selesa dan aku sudah semakin hampir untuk mengkhatamkan drama tersebut, aku toleh ke arah tivi, seolah-olah mengatakan untuk sabar dan tunggu aku, ada hajat ingin dilaksanakan dengan segera, sedang aku baru ingin memulas tombol pintu bilik air, tiba-tiba.....

Degegang!! bunyi hentakan yang kuat dari atas loteng rumah ku, dengan pastasnya sistem keselamatan rumah berbunyi, tiba-tiba ..... kedegaran bunyi seolah-olah orang berlari di atas loteng rumah.

Aku panik, kaget, dengan perasaan teramat takut aku berlari ke bilik adik ku yang bertentangan dengan bilik aku, dengan pantas aku menolak pintu bilik dan menjerit, Bobbbb!! ada orang pecah masuk rumah kita!!, adik Bob dan Maz bangun tersentak, lantas adik Bob terus mendepakan tangan seolah-olah bersedia untuk berlawan, Mana!! mana dia!! berani masuk rumah aku!! Maz kedu, pucat lesi muka, mengalahkan hantu, aku rasa kalau hantu nampak Maz pun hantu takut. Seramnya aku lagi takut melihatkan reaksi Bob ketika itu, seolah-olah dirasuk.

Penggera keselamatan masih lagi menjerit nyaring, adik Bob masih lagi mendepakan tangan kepanikan dan mamai, Maz masih lagi dalam keadaan yang sama bersila dan terkedu memandang aku dengan muka pucat lesi, aku sudah mula membayangkan si pecah rumah ada di bilik air atau masih diatas loteng. Cepat-cepat aku sedar kan Bob yang kerasukan panik dalam mamai, dik... cepat telifon polis dik, tepon polis cepat!

Telifon dicapai adik Bob lalu terus menelifon polis dan jiran-jiran berdekatan untuk memberitahu situasi yang terjadi, kami berdiam di dalam bilik sehingga penggera keselamatan mati sendiri, 10 minit berlalu, polis tak muncul, diam, 15 minit berlalu, masih lagi tiada kelibat polis, aku semakin panik, jika si pecah rumah itu jenis kamikaze orangnya, sudah tentu kami bertiga sudah berada dalam keadaan bersabung nyawa, aku mula ingin menyumpah polis-polis Seremban2 di dalam hati. Hampir 20 minit berlalu, kami masih dalam keadaan yang amat rapuh dan terdedah dengan segala petaka, masih lagi tiada tanda polis akan datang.

Tiba-tiba adik Bob mengarahkan aku membuka semua lampu yang ada dan melihatkan sekeliling rumah sambil menunggu polis di bawah, haih.., aku semakin panik, rasa berat nak bergerak, otak mula berfikir, jika si pecah rumah bersembunyi di mana2 ruang yang gelap, mau aku yang akan di mangsakan dulu. Aku mula meragui keputusan adik Bob (hehe...sorry..jangan marah ye) sebelum keputusan adik Bob aku persoalkan secara verbal, kereta polis menghampiri halaman rumah. Dengan berhati-hati aku buka semua lampu di rumah, dengan terhendap-hendap aku berjalan supaya dengan harapan tidak didengari oleh si pecah rumah (imaginasi aku memang tinggi, aku rasa akibat dari pengaruh tivi), Tiba-tiba...! satu suara menerjah aku dari belakang!



bersambung....

Tiada ulasan: