Khamis, 31 Disember 2009

2010 Tahun Baru


Satu-satunya kad tahun baru yang saya terima dari pelanggan untuk tahun ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
Luahan Hati: Saya memiliki lebih dari 150 pelanggan korporat dibawah naungan saya, bukan calang-calang juga ke"korporat"annya. Malahan saya rasa saya juga sudah cuba sedaya upaya untuk beramah mesra "bertepuk tampar" dengan mereka, ketika di talian telefon, e-mail, perjumpaan, diskussi mahupun mesyuarat. Malangnya, saya rasa sedih, jiwa saya hiba, hati saya sayu bilamana, hanya satu syarikat korporat sahaja yang sudi melayangkan kad tahun baru kepada saya pada tahun ini. Adakah kerana ekonomi merosot jadi syarikat tidak mahu berbelanja lebih walaupun hanya sekeping kad, itu tidak menjadi masalah bagi saya, bahkan "electronik card" pun saya tidak terima. Adeh. Adakah saya masih tidak mencapai piawaian dan barangkali tidak mencapai kepuasan dalam khidmat kerja saya. Haihh.....down sungguh rasanya.
.
Puas saya fikir....buntu juga saya dibuatnya...barangkali saya tidak sepopular rakan kerja saya yang lain...barangkali juga saya agak garang dalam memberikan khidmat nasihat secara terlalu professional..haha (perasaan kejap)....diam...fikir...diam...fikir...diam.
.
Sedang saya berkira-kira tentang kekurangan populariti yang menjunam dengan mendadak, dalam saya berfikir, tiba-tiba mata saya tertancap pada in-tray saya yang penuh dengan pelbagai kertas kerja ntah hapa-hapa (hehe), terhenti bola mata saya melihat satu ikat kad ucapan tahun baru untuk pelanggan yang ditimbus dengan kertas yang berlambak.Baru saya tahu dimana silapnya....saya lupa mahu tandatangan kad ucapan tahun baru saya dan serahkan kepada pihak pengurusan untuk dihantarkan kepada mereka. He he he...
.
Sekarang baru saya tahu...saya memang tidak mesra pelanggan rupanya. Lagi satu sangat-sangat pelupa. He he he
.
Sekarang saya tidak down lagi sebab saya masih ada satu pelanggan yang sudi menghantar kad kepada saya. Yeay!!!!
.
.
.
.
.
SELAMAT TAHUN BARU YA!!!!!!

2 ulasan:

Hafiz Yusof berkata...

hihihi..funny la sis

MakLang berkata...

kik kik kik....sib baik GM akak tak pasan...kalau idak..kena la ceramah free...tak menjaga hati pelanggan.