Ahad, 30 Ogos 2009

Kerana Cinta (Episod 1)

Fadzilah (bukan nama sebenar) sudah tekad, hatinya sudah bulat, keputusannya hitam pekat.

"Apa nak jadi, jadilah. Aku tak peduli" bentak Fadzilah dalam hati.

Luar rumah hitam pekat, malam yang dingin di sulami dengan embun jantan yang sudah mula meluruh. Fadzilah tertancap di jendela, merenung jauh di kepekatan malam, dingin malam tidak dapat mengubah keputusan hatinya yang hangat membara kerana cinta.

Benar kata pepatah cinta itu buta dan Fadzilah adalah salah seorang mangsa yang buta hati kerana dek penanggan cinta.

Tiada ulasan: