Ahad, 30 Ogos 2009

Kerana Cinta (Episod 1)

Fadzilah (bukan nama sebenar) sudah tekad, hatinya sudah bulat, keputusannya hitam pekat.

"Apa nak jadi, jadilah. Aku tak peduli" bentak Fadzilah dalam hati.

Luar rumah hitam pekat, malam yang dingin di sulami dengan embun jantan yang sudah mula meluruh. Fadzilah tertancap di jendela, merenung jauh di kepekatan malam, dingin malam tidak dapat mengubah keputusan hatinya yang hangat membara kerana cinta.

Benar kata pepatah cinta itu buta dan Fadzilah adalah salah seorang mangsa yang buta hati kerana dek penanggan cinta.

Rabu, 26 Ogos 2009

Sepi Itu


Sepi itu sepasang daun pintu
membuka luas ruang fikir
bersama air bersih membasuh mata kelabu
mencari buah jujur di pohon kebenaran

Sepi itu mengasah tajam sepasang telinga
mendengar hikayat si bunga hati
tiada dusta atau apa2
wangi atau busuk rela dihidu

Sepi itu penggerak langkah pertama
ke perjalanan yang jauh
menyusuri lorong selamat untuk sampai
memeriksa bekal mengisi tabung hayat

Sepi itu penyuluh di gelap malam
bulan penuh bintang bertabur
jalan berliku nampak lurus jelas
cahaya iman cerah memancar

Sepi itu membuka gedung ilmu
mencanai akal mencabar bijaksana
banyak soalan minta dijawab:
lebar payung langit…di mana tiangnya?
pasang surut air di laut bersilih ganti..
di mana mesin penggilirnya?
siang malam ombak memukul pantai…
kenapa tidah pernah bercuti?

Sepi itu sekuntum mawar
mengharum taman hati dua kekasih
membina jambatan cinta suci
menyambung rindu dari benua ke benua

Sepi itu sehelai kain sutera
lembut halus pakaian jiwa



~Khadijah Hashim~
~September 2004~

Jumaat, 21 Ogos 2009

Andai Ini Ramadhan yang Terakhir


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu dayu kepadanya-Nya Tuhan yang Satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatku aku kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lilahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah tuhanseru sekalian alam]

Namun teman
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha, bersedia dan meminta belas-Nya

Ya Allah,
Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Aku adalah hamba yang mengharap belas dari-Mu

Ya Allah,
Jadikanlah aku hambamu yang bertaqwa
Ampunkan dosa-dosa ku
Dosa kedua ibubapa ku
Dosa semua umat islam yang masih hidup
Mahupun yang telah meninggal dunia.

ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT SAYA

Oleh itu saya, Norshydah Binti Abu Talib, menyusun jari, seikhlas hati memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyallah.

Rabu, 19 Ogos 2009

SATU Malaysia


Satu itu ukhwah
Satu itu perpaduan
Satu itu semangat
Satu itu Malaysia

Satu itu harmoni
Satu itu makmur
Satu itu indah
Satu itu Malaysia

Satu itu kedamaian
Satu itu Kejayaan
Satu itu persaudaraan
Satu itu Malaysia

Satu itu kesempurnaan
Satu itu kejayaan
Satu itu kerukunan
Satu itu Malaysia

Satu itu sepakat
Satu itu muafakat
Satu itu keamanan
Satu itu Malaysia

SATU Malaysia
Kami Berbangga


P/s: Sajak diatas saya karang untuk laman web rasmi Sek Keb Mambau, jika senang silalah berkunjung ke laman tersebut, link terdapat di pautan blog ini.

Ahad, 9 Ogos 2009

Hidup Realiti

aku dangkal
menerobos gelap lariku
mencari erti hidupku

arghh...
persetankan kaca-kaca itu
yang tak henti mencarik luka
pada segelinap tubuhku

aku sudah lali
hatiku sudah mati
tak ingin hidup lagi

ingin ku berlari
lari ke hutan mengilai tawaku
lari ke pantai teriak kerongkongku
lari ke samudera derai tangisku

aku rapuh
penat
letih
lemah
lesu
dalam dunia realiti sendiri

ampun kan aku
kalian semua
ku tak bisa
berdiri lagi

doakan aja
agar ku bisa
senyum semula

Selasa, 4 Ogos 2009

Bintang hati

Dirimu ibarat bintang, yang berkelip-kelip terang dan akan kekal berkelipan di dalam hatiku, walau berjuta bintang di langit terang, tetap dapat ku kenal kelipan-mu, Bondaku.

Ku tatap wajah malam
Tenang dengan keindahan
Sesekali ku dakap bayu yang berpuput.. lembut
Teringat aku pada dirimu
Yang jauh di selatan sana
Yang tiada mampu ku tatap dalam jaga
Jua dalam lena..

Kerinduan yang menerpa..
Menggamit gelora dijiwa
Menyentuh gelodak asrama..hangat
Pada insan bernama Bonda

Demi sebuah harapan ku gagahi jua
Demi sebuah impian ku capai cita
Lantaran ada hati pernah terluka
Saat aku mencalar sebuah jiwa
Saat aku melarikan garis-garis luka
Pada sekeping hati
Yang mendamba sejuta cerita bahagia..

Bondaku,
Maafkan aku, anakmu
Yang tidak pernah putus menumpahkan airmata-mu
Yang tidak pernah putus mencalit hitam hati-mu
Yang tidak pernah putus menghampakan-mu

Bondaku,
Budimu ku kenang selalu
walau tidak secara verbal
ingin ku tekankan
Aku amat mencintai-mu.
Sungguh!