Khamis, 24 September 2009

Anugerah Aidilfitri

May Allah accept (the good deeds) from me and you!!




May Hope, Peace and Happiness
be always at your door,
and may the coming days
bring you all life's best ... and more.
Happy Eid.

Rabu, 9 September 2009

Ainul Mardhiah

Munsyid : U N I C
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharun kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih
Di hati lelaki bernama kekasih
Di hati lelaki bernama kekasih


* Lagu ini saya tujukan khas buat Azrie & Mazlina diatas kelahiran puteri sulung mereka, Ainul Mardhiah binti Azrie. Bertarikh 08.09.2009 pada pukul 8.25 malam bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 Hijrah. Semoga akhlak dan peribadinya seindah dan seanggun bak bidadari syurga. Tahniah Dik!

Didalam keberkatan dan kerahmatan bulan Ramdhan dan Syawal yang bakal menjelang dimohonkan agar kalian dikurniakan dan dirahmati dengan ketambahan nur dalam rumahtangga dan di curahkan dengan rezeki yang melimpah. Amin.

* Nantikan kemunculan cerpen sulung saya, Penantian Ainul Mardhiah. InsyaAllah.

Jumaat, 4 September 2009

Layar Keinsafan


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Kesabaran dalam Dugaan

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

*****


Sesungguhnya ujian dan dugaan tuhan akan terus ada dalam diri umat manusia tidak kira masa dan ketika, disamping kita menjalani ibadah puasa, ternyata berganda dugaan-Nya untuk menguji sejauh mana kesabaran dan nilai keimanan dalam diri dalam menuju keredhaan-Nya. Maha Suci Allah mengukur tahap keimanan seseorang hamba dengan memberikan dugaan kesusahan mahupun kesenangan melainkan apa yang terdaya oleh hamba-Nya menuju kearah penunjuk jalan untuk menginsafi dan memuhasabahkan diri dengan lebih mendalam untuk membina ketahanan diri dan iman.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

*****
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

*****

Belum pun reda tentang hal rumah dimasuki perompak, bahkan sambungannya juga saya masih berkira-kira untuk menulis, didatangi pula dengan berita bahawa pada malam 6 Ramadhan yang lepas, sekali lagi rumah kami di dalam cobaan untuk dimasuki. Syukur Alhamdulillah mak mertua adik Bob sedar dan tiada apa-apa yang terjadi.

Pada pagi esoknya pula, saya ditimpa musibah dengan kenderaan yang saya naiki menuju ke tempat kerja telah dilanggar dari belakang, akibat dari hujan yang melebat dan pemanduan yang laju oleh si Persona mengakibatkan impak yang kuat pada kereta Kancil saya.

Pada saat hentakan itu berlaku, tiada sepatah kata pun yang lahir dari mulut ini, terkedu kerana sesungguhnya tidak diduga, pabila saya sedar dari kelam yang seketika, melihatkan keadaan dalaman kereta, saya anggarkan sungguh luarbiasa saya terselamat dari sebarang kecederaan, saya masih dilindungi kerana tiada satu pun kereta di hadapan mahupun bersebelahan saya ketika kejadian itu berlaku.

Terdetik di hati saya, jika sampai waktu ajalnya, saya tidak sempat untuk mengucapkan kalimah syahadah, terasa getar dalam hati, tersentak terus diri ini, satu keinsafan yang tidak dapat saya gambarkan dalam diri ini. Sesungguhnya dugaan itu datang kerana saya alpa dan leka dengan segala rahmat-Nya dalam menguji nilai kesabaran saya.

Ya Allah, bersyukur ku kehadrat-Mu, diatas keselamatan ku dan keluarga ku, di panjangkan umur ku dibawah lindungan-Mu. Semoga segala dugaan serta mehnah yang tiba pada diri ku dan keluarga ku dapat kami hadapi dengan penuh kesabaran Ya Allah. Berkatilah Ramadhan kami dan redhai-lah hari-hari kami dalam perjalanan menuju keinsafan dan ketahanan iman yang hakiki.

*****
Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

*****